Untitled Document
|
|
MASJID MUHAMMADI |
MASJID MUHAMMADI DIBINA PADA TAHUN 1867 SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD 11 (1830 HINGGA 1886) DENGAN MENGGUNAKAN KAYU-KAYU YANG TERPILIH. PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN MASJID DARIPADA KAYU KEPADA STRUKTUR KONKRIT DILAKUKAN PADA TAHUN 1922. KEMUDIAN MASJID INI DIRASMIKAN OLEH KDYMM BAGINDA SULTAN ISMAIL IBNI AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD IV PADA 31 JULAI 1931. MASJID MUHAMMADI DINAMAKAN SEMPENA NAMA SULTAN TERSEBUT. MASJID INI YANG BERKELUASAN 10,600 KAKI PERSEGI BOLEH MEMUATKAN SERAMAI 2,400 ORANG AHLI JEMAAH.
MASJID MUHAMMADI BANYAK MEMAINKAN PERANAN DALAM PENYEBARAN DAN PENDIDIKAN ISLAM DI KELANTAN. MALAH DI SINILAH BEBERAPA ULAMA BESAR NEGERI KELANTAN DITETAPKAN UNTUK MENGAJAR PELBAGAI ILMU AGAMA. ANTARANYA IALAH TUAN TABA (1840-1891), HAJI WAN ALI KUTAN (1837-1912) DAN TOK KENALI (1868-1933). MASJID INI MENJADI PUSAT PENYEBARAN ILMU AGAMA YANG MASYHUR DI NUSANTARA SEHINGGA KELANTAN DIKENALI SEBAGAI "SERAMBI MAKKAH".
MASJID MUHAMMADI | 0 replies | Author: Admin | Date: 01-10-2012 | Time: 11:13 | Updated: 01-10-2012 |
| |
|
MAKAM DI RAJA LANGGAR |
| |
|
MASJID KAMPUNG LAUT, NILAM PURI, KELANTAN |
MASJID KAMPUNG LAUT MERUPAKAN SEBUAH MASJID TERTUA YANG MASIH WUJUD DI KELANTAN DAN DI ANTARA YANG TERTUA DI NUSANTARA. MASJID INI DIBINA OLEH PENGEMBANG AGAMA ISLAM YANG BERULANG-ALIK ANTARA CHAMPA DAN JAWA DENGAN BANTUAN PENDUDUK TEMPATAN. TAPAK ASAL MASJID INI TERLETAK DI KAMPUNG LAUT, TUMPAT, DI PINGGIR SUNGAI KELANTAN. DIPINDAHKAN KE NILAM PURI PADA TAHUN 1968, KERANA SEBAHAGIAN BESAR TAPAK TANAH TELAH RUNTUH KE DALAM SUNGAI AKIBAT BANJIR PADA TAHUN 1967. TARIKH TEPAT PEMBINAAN MASJID INI TIDAK DIDAPATI DENGAN JELAS.
DILIHAT DARI SEGI REKA BENTUK DAN STRUKTUR MASJID INI MEMPUNYAI CIRI-CIRI PERSAMAAN DENGAN MASJID DEMAK DI JAWA YANG DIBINA PADA TAHUN 1401. KEMUNGKINAN KEDUA-DUA MASJID INI DIBINA DALAM JANGKA MASA YANG LEBIH KURANG SAMA YANG KINI BERUSIA RATUSAN TAHUN.
| |
|
SEJARAH RINGKAS KESULTANAN KELANTAN |
KELANTAN MERDEKA
Dalam tahun 1717 negeri Kelantan dibahagi kepada dua bahagian : Kelantan Barat dan Kelantan Timur. Raja Perempuan Patani, Mas Chayam puteri Raja Bahar membuat pembahagian ini dan menyerahkan Kelantan Barat kepada putera Tuan Sulong bernama Long Muhammad dan Kelantan Timur kepada Raja Tuan Besar.
Dalam tahun 1733, Long Muhammad menyerang Kota Pengkalan Datu, ibu kota Kelantan Timur. Raja Tuan Besar terbunuh dalam peperangan dengan anak saudaranya ini. Ini adalah permulaan dari zaman huruhara dalam Kelantan. Beberapa peperangan terjadi antara Kelantan Timur dan Kelantan Barat juga peperangan dengan kerajaan Pusat Patani sendiri.
Setelah Raja Long Muhammad dikalahkan dalam tahun 1746, RAJA LONG SULAIMAN putera Raja Tuan Besar dari isterinya yang pertama diangkat oleh Sultan Yunus Patani menjadi 'Raja Kelantan Timur' yang merdeka. Manakala Kelantan Barat masih digabungkan kepada Patani dengan Raja Long Sulaiman sendiri menjadi 'Wakil Sultan'.
Sultan Yunus Patani (bekas Datu Charakan) adalah putera Raja Tuan Besar dari isterinya yang kedua, Raja Pah, puteri Raja Sakti II. Dalam tahun 1749 Sultan Yunus ditembak mati secara rahsia oleh Long Nuh, Datu Pujud. Pujud adalah suatu wilayah di selatan ibu kota Patani. Kemudian Long Nuh mengisytiharkan dirinya 'Raja Patani' memerintah di Kota Pujud.
Long Sulaiman, Raja Kelantan Timur berangkat ke Patani menemui Raja Long Nuh untuk mengentahui latarbelakang sebenar dari pembunuhan adindanya. Raja Long Nuh membersihkan tangannya dan memohon maaf diatas kegagalannya untuk menangkap pembunuh sultan itu.
Raja Long Sulaiman kembali ke Kelantan Timur dan membentuk suatu pasukan kecil tentera terpilih untuk membuat suatu penyiasatan bebas di Patani untuk menangkap pembunuh adindanya. Mendengar berita itu, Raja Long Nuh Patani merasa curiga lalu menjemput Raja Long Sulaiman ke istananya di Kota Pujud dalam tahun 1750 dan menghadiahkan 'Kelantan Barat' kepada Raja Long Sulaiman.
Dengan penyerahan ini seluruh Kelantan pun berpisah dari Patani dan menjadi sebuah negara yang bersatu dan merdeka setelah bersekutu dengan Patani pada peringkat kedua selama 131 tahun, dari tahun 1619 hingga tahun 1750.
Raja Long Sulaiman memindahkan ibu kotanya dari Kota Pengkalan Datu ke Kota Kubang Labu di Kelantan Barat.
Tidak lama setelah mendapat kemerdekaan itu, pertelikahan terjadi diantara Kelantan dan Legeh suatu wilayah Patani yang berjiran dengan Kelantan dan telah memerdekaan diri dari Kerajaan Pusat Patani. Raja Legeh, Long Abdul-Rahman Baginda, yang memberikan perlindungan politik kepada Raja Long Muhammad berusaha untuk menjatuhkan Raja Long Sulaiman dari takhta Kelantan. Berlaku beberapa peperangan antara Kelantan dan Legeh yang bermula dalam tahun 1755 dan berakhir dalam tahun 1756 dengan gugurnya Raja Long Sulaiman dalam pertempuran. RAJA LONG MUHAMMAD diangkat menjadi 'Raja Seluruh Kelantan'. Raja Long Muhammad kemudian terbunuh dalam tahun 1757, dalam peperangan diantaranya dan Raja Legeh yang menolongnya tadi.
Selepas itu, Kelantan terletak dibawah perlindungan Legeh setelah tujuh tahun sahaja menjadi Negara merdeka. Raja Legeh mengangkat adinda raja Kelantan yang terbunuh itu bernama LONG PANDAK menjadi 'Raja Kelantan'.
| |
|
|
|
|
|
|
|