Untitled Document
|
|
MUTIARA HADIS |
RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG BERMAKSUD :
AKAN DATANG PADA UMATKU SUATU MASA, MEREKA MENCINTAI LIMA PERKARA DAN MELUPAKAN LIMA PERKARA YANG LAIN:
1. Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat. 2. Mereka mencintai kehidupan (dunia) dengan melupakan kematian. 3. Mereka mencintai rumah yang megah dengan melupakan kubur. 4. Mereka mencintai harta benda dengan melupakan hisab. 5. Mereka mencintai makhluk dengan melupakan Pencipta (ALLAH).
SYAMAIL MUHAMMADIAH Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat Rasulullah:
APABILA RASULULLAH BERJALAN, PERGERAKANNYA KELIHATAN TEGAP (KAKINYA DIANGKAT DENGAN KEKUATAN), SEOLAH-OLAH BELIAU SEDANG TURUN DI LERENG YANG CURAM. APABILA BELIAU BERPALING, KEDUA-DUA BAHUNYA BERPALING SERENTAK (SELURUH BADANNYA TURUT BERPALING). DI ANTARA KEDUA-DUA BAHUNYA TERDAPAT KHATAMUN-NUBUWAH, IAITU TANDA KENABIAN BAGI PARA NABI. RASULULLAH MERUPAKAN SEORANG MANUSIA YANG HATINYA PALING PEMURAH (RASULULLAH TIDAK PERNAH BERKELUH-KESAH ATAS SIKAP TIDAK BERTIMBANG RASA DAN PENYEKSAAN OLEH KAUMNYA). BELIAU ADALAH ORANG YANG KATA-KATANYA PALING JUJUR.
MANUSIA YANG PERANGAINYA PALING LEMBUT, DAN PALING RAMAH DALAM PERGAULAN. SESIAPA YANG MELIHATNYA BUAT PERTAMA KALI, PASTI AKAN MENARUH HORMAT DAN SEGAN KEPADANYA. SESIAPA YANG BERKENALAN DENGAN BELIAU TENTU AKAN MENCINTAINYA. ORANG YANG MENCERITAKAN SIFAT RASULULLAH, TENTUNYA AKAN BERKATA, "BELUM PERNAH AKU MELIHAT SESEORANG YANG SETANDING DENGAN BELIAU, SAMA ADA SEBELUM KELAHIRANNYA ATAUPUN SESUDAH BELIAU MENINGGAL DUNIA."
(DIREKODKAN OLEH TIRMIZI)
MUTIARA HADIS | 0 replies | Author: rokman | Date: 24-09-2012 | Time: 06:38 | Updated: 06-10-2012 |
| |
|
|
|
|
|
|