Untitled Document

 

 

 

Member search:
Untitled Document
ME
* GUEST *

Username:

Password:



IconNOTIS!

Kepada semua ahli, Sila pastikan kata laluan anda ditukar! Sila hubungi Dr Nik Adlin Nik Adib (Setiausaha Jawatankuasa Khas - Keahlian, Disiplin & IT) untuk mendapatkan kata laluan permulaan. More...


IconYURAN

Untuk makluman kepada semua Kerabat Diraja Kelantan, yuran keahlian PKDK Al-Muhammadi dikekalkan sepertimana biasa iaitu:

Yuran Pendaftaran RM10
Yuran seumur hidup RM150
Yuran tahunan RM50

Sekian, harap maklum.
(YM Tg. Bendahari PKDK Al-Muhammadi)

More...


IconALMARHUM SULTAN IBRAHIM

SULTAN IBRAHIM ADALAH ANAKANDA KEPADA SULTAN MUHAMMAD IV.
BAGINDA MEMERINTAH NEGERI KELANTAN DARI TAHUN 1944 HINGGA TAHUN 1960.

ANAKANDA-ANAKANDA BAGINDA ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT :

* SULTAN YAHYA PETRA

* TENGKU INDERA PETRA

* TENGKU THURAYA

* TENGKU ISKANDAR SHAH (TENGKU LAKSAMANA KELANTAN)

* TENGKU ZAINAL MULOK (TENGKU TEMENGGONG KELANTAN)

* TENGKU FEISSAL (TENGKU KAYA PERKASA)

* TENGKU ABDUL HALIM (TENGKU LAKSAMANA KELANTAN) SEKARANG

* TENGKU BADRUL ALAM

* TENGKU SHAHRIMAN

*... More...


IconMUTIARA HADIS

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG BERMAKSUD :

AKAN DATANG PADA UMATKU SUATU MASA, MEREKA MENCINTAI LIMA PERKARA DAN MELUPAKAN LIMA PERKARA YANG LAIN:

1. Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat.
2. Mereka mencintai kehidupan (dunia) dengan melupakan kematian.
3. Mereka mencintai rumah yang megah dengan melupakan kubur.
4. Mereka mencintai harta benda dengan melupakan hisab.
5. Mereka mencintai makhluk dengan melupakan Pencipta (ALLAH).

SYAMAIL MUHAMMADIAH
Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat... More...


NEW MEMBERS
TENGKU NUR ASMA BINTI TENGKU ARIFFIN

RAJA AZRY BIN RAJA YUNUS

TENGKU HASMIRA BINTI TENGKU MARZUKI

TENGKU HASLINA BINTI TENGKU MARZUKI

NIK AZLAN SHAH BIN MOHD ROSLY

TENGKU NUR ANIS SYAFIQAH BINTI TENGKU MARZUDI

TENGKU AHMAD SAIFULLIZAN BIN TENGKU ABDUL RAHIM

TENGKU MARIAM BT TENGKU IBRAHIM SHUKRILLAH

TENGKU ABDUL RAZAK BIN TENGKU IBRAHIM SHUKRILLAH


 




 
ISTANA BERSEJARAH DI KELANTAN
IconISTANA JAHAR

ISTANA JAHAR ATAU JUGA DIKENALI SEBAGAI MUZIUM ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN INI TERLETAK DI BERSEBELAHAN ISTANA BALAI BESAR DAN KOTA SULTAN ISMAIL PETRA, DI TENGAH-TENGAH BANDAR KOTA BHARU. KELUASAN KAWASAN ADALAH 1,822 METER PERSEGI DAN MERUPAKAN SALAH SATU MERCU TANDA DAN DAYA TARIKAN PELANCONGAN YANG PALING UTAMA KE JAJAHAN KOTA BHARU KHUSUSNYA DAN KE NEGERI KELANTAN AMNYA. PEMBINAAN ISTANA JAHAR TELAH DIASASKAN OLEH SULTAN MUHAMMAD II UNTUK CUCU BAGINDA, LONG KUNDUR DAN IANYA SIAP DIBINA PADA 1887. ISTANA JAHAR INITELAH DIBINA OLEH TUKANG-TUKANG KAYU YANG MAHIR DARI SELURUH NEGERI KELANTAN DIKETUAI OLEH CHE SULAIMAN DARI KAMPUNG SIREH DAN DIBANTU OLEH NIK SALLEH DARI KAMPUNG ATAS BANGGOL SERTA HAJI MOHD SALLEH (DATO' KAYA BAKTI). UPACARA PEMBINAANNYA TELAH DILAKUKAN DENGAN PENUH ADAT ISTIADAT. INI KERANA ISTANA MERUPAKAN TEMPAT BERSEMAYAM DAN LAMBANG KEBESARAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH. SETELAH SEKIAN LAMA MENJADI KEDIAMAN KELUARGA D'RAJA, ISTANA INI TELAH DITUKAR KEPADA MUZIUM YANG MEMPAMERKAN KEKAYAAN KEBUDAYAAN WARISAN MELAYU KELANTAN. DI SINI TERDAPAT BANYAK ARTIFAK DAN GAMBAR YANG MEMBUKTIKAN KEKAYAAN WARISAN BUDAYA MELAYU KELANTAN, DARIHALKEHIDUPAN SEHARIAN SEHINGGALAH ADAT ISTIADAT KEBESARAN. BANGUNAN ISTANA INI SENDIRI DIPENUHI DENGAN UKIRAN KAYU YANG MENJELASKAN LAGI KEHEBATAN SENI TUKANG MELAYU KELANTAN.

ISTANA JAHAR0 replies
StaffAuthor: Admin Date: 16-11-2011Time: 09:41Updated: 16-11-2011

SR.Com


Hits counter started on 16 June 2014


Powered by:
Mawarsoft BizGate v9.2109.05